“Please? I promise i’ll be good” – Tak Serik Dikecam Netizen, Fathia Latiff Kini Berhasrat Untuk Menemubual Perdana Menteri Malaysia

Selepas rakaman video Bigo Live yang berpenampilan seksi dan kelakuan tidak senonohnya tersebar, nama pelakon Nur Fathia Latiff asyik mendapat perhatian netizen. Apa sahaja yang dikongsi oleh Fathia di media sosial sudah menjadi bahan kutukan netizen yang gemar merendah-rendahkan pelakon ini.

Bagaikan tidak serik dengan kontroversi yang dicetuskan sewaktu memuat naik status-status di laman Twitter miliknya, terkini Fathia menyuarakan isi hatinya yang berniat untuk menemubual Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak pula, lapor Sinar Harian. Pulak dah?

Sumber: Twitter

Dalam status yang dimuat naik bersama sekeping gambar yang diambil sewaktu dia menemu bual bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada bulan Jun lalu, Fathia menyatakan hasrat agar diberi peluang untuk menemu bual Perdana Menteri Malaysia yang terkini pula. 

Tidak tahu kepada siapa status tersebut ditujukan, Fathia telah merayu-rayu untuk menemu bual Najib dan mengatakan bahawa dia akan berkelakuan baik jika diberikan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri itu. Hmmm… ada-ada je Fathia ni! 

Seperti sudah bersiap sedia dengan setiap status yang bakal dimuat naik oleh Fathia, para keyboard warriors menghujani ruangan komen Twitter pelakon tersebut dengan serta merta dan mencaci Fathia yang dianggap tidak layak menemu bual seorang yang berpangkat tinggi seperti Najib.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan Fathia seorang yang gila publisiti kerana memuat naik status seperti itu. Rata-rata juga mengaitkan dirinya sebagai murah kerana menayang ‘aset’ di Bigo dan seolah-oleh perkara itu baru berlaku semalam.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Pun begitu, ada juga di antara peminatnya yang positif menyokong cita-cita Fathia dan terus memberikan sokongan agar pelakon Dia Isteri Luar Biasa ini tidak termakan kata-kata negatif netizen. Netizen macam ni la kita nak!

Apa-apapun yang dimuat naik di laman sosial adalah hak peribadi. Namun diharapkan Fathia lebih berhati-hati selepas ini kerana hidup sebagai artis memang tak lari daripada cacian mulut masyarakat.