Seorang Rakyat Malaysia Dipenjarakan Di Dubai Selama 8 Bulan Hanya Kerana Buat Terlalu Banyak Duit

Langgar undang-undang ke kalau kita buat terlalu banyak duit? Itulah apa yang berlaku kepada seorang rakyat Malaysia ini yang menjadi sebab kini dia di dalam penjara.

Richard Lau, seorang ahli perniagaan Malaysia yang kini berada di Dubai, telah dituduh oleh rakan perniagaannya dengan tuduhan mencuri upah dan komisyen, menurut MMO.

Oleh yang demikian, dia telah ditahan oleh polis dan dah menghabiskan selama lapan bulan di dalam penjara untuk tempoh penyiasatan.

“Bulan-bulan yang lepas menjadi mimpi ngeri bagi kami; Kami rasa terancam dan tidak pasti tentang keselamatan dan masa depan anak kami, ” kata ayah Lau.

“Saya tidak faham bagaimana UAE boleh menangkap anak saya tanpa waran yang berdasarkan hanya aduan oleh pihak tempatan dan kemudian menahannya selama berbulan-bulan tanpa pertuduhan dan pada masa yang sama mereka mengambil masa yang lama untuk melakukan siasatan,” katanya lagi.

Pada bulan April, lapan orang termasuk Lau, dituduh oleh sebuah orang tempatan yang bernama Walid Jumaa Abu Shabas. Dia menuduh mereka menyedut dana dari sebuah syarikat pengangkutan marin Malaysia, Shin Yang, setelah sejumlah besar wang telah dibayar kepada lapan individu.

Untuk makluman, Shin Yang adalah konglomerat di Sarawak yang pakar tentang kayu-kayuan, pembuatan kapal dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, kumpulan hak sivil Emiriah Arab Bersatu, Detained in Dubai kemudian menjelaskan yang Lau telah diarahkan oleh pengarah eksekutif Shin Yang, Kenny Ling untuk melakukan kerja-kerja tambahan, dan pembayaran itu sebenarnya gaji dan komisennya untuk Lau yang mengambil tugas tersebut.

“Nampaknya Abu Shabas tak sedar tentang perjanjian ini dan telah menuduh gaji dan komisyen yang diterima oleh Lau sebagai duit gelap. Lau tak melakukan apa-apa yang salah kecuali dibayar untuk kerja yang dilakukannya, ” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Apabila melihat kepada situasi di banyak tempat di UAE, orang luar nampaknya dengan mudah boleh ditahan atas tuduhan yang dibuat oleh orang tempatan. Yang lebih melucukan kesemua tujuh orang tertuduh yang lain telah dibebaskan, kecuali Lau. Tak rasa macam double standard ke?

Sumber: Atlas Dunia

“Kami pernah nampak kes yang sama sebelum di UAE di mana pendakwa akan berterus-terusan memperbaharui penahanan sementara atas sebab penyiasatan. Undang-undang itu membenarkan penahanan tanpa batas bagi jenayah yang berkaitan dengan keselamatan negara, tetapi kes Richard adalah pertikaian kewangan di mana memang tiada aktiviti haram,” kata kenyataan itu.

Dari apa yang kita boleh tengok, ini pastinya salah faham dan kami berharap pihak berkuasa dapat selesaikan kes ini kerana tidak adil untuk Lau ditahan dalam tahanan dengan tempoh yang lama tanpa sebab yang kukuh. Terus bersabar, Lau!