Tragis… Seekor Anjing Greyhound Ditemui Kekal Setia Di Sisi Tuannya Yang Dah Meninggal Dunia Selama Sebulan.

Seekor anjing baka greyhound yang diselamatkan ditemui kekal setia di sisi mayat pemiliknya yang dah sebulan meninggal dunia. Dia kemudiannya dibawa ke tempat perlindungan.

Anjing greyhound itu merupakan anjing perlumbaan yang bersara dan berusia sembilan tahun – dijumpai dalam keadaan selamat akan tetapi masih memiliki masa depan yang samar-samar di Pusat Perlindungan Haiwan Harris County di Houston, Texas.

Dinamakan Dory, para sukarelawan di tempat perlindungan bercadang untuk buat sesuatu untuk membantu anjing senior ini.

“Anjing ini tetap menjaga rumah dan setia bersama dengan pemiliknya yang telah mati selama sebulan,” Harris County Pets Shelter Pets In Need di halaman Facebook. “Mayat pemiliknya ditemui pada hari ini dan anjing ini kemudiannya dibawa ke tempat perlindungan.”

Mereka memuat naik video Dory ketika dia mula-mula dibawa ke pusat perlindungan. Dia nampak kelihatan letih, sedih dan bingung, dan apabila kita fikir semula apa yang dia dah lalui, pastinya kita juga akan memiliki reaksi yang sama.

Dia nampak sangat kurus dan sangat memerlukan seseorang untuk menyelamatkannya serta memberikan dia masa untuk pulih dari pengalaman pahit seperti itu.

Cerita anjing yang tragis ini kemudian sampai pada Greyhound Pets of America (GPA Houston), yang membawanya keluar selepas tempoh perlindungan wajib berada di pusat perlindungan berakhir (seminggu selepas dia dibawa masuk).

Greyhound Pets of America

“Tempoh perlindungan Dory dah tamat dan kami sekarang boleh mengalu-alukan dia secara rasmi kepada keluarga GPAH! Dia nampaknya gembira di rumah angkatnya; setiap hari, dia menjadi lebih selesa dan tenang selepas semua peristiwa yang dia alami baru-baru ini, ” kumpulan penyelamat menulis di Facebook .

Greyhound Pets of America

“Beberapa hari pertama dia kelihatan sedikit tertekan, tetapi kini dia dah lebih selesa dan mula menunjukkan kesihatan yang lebih positif, ” kata Arden Tucker, Presiden GPA Houston, kepada The Dodo . “Seperti semua anjing baka greyhound, dia suka tidur dan gemar bersantai di sofa atau disinari cahaya matahari.”

Greyhound Pets of America

Greyhound Pets of America – Houston memaklumkan yang Dory adalah “Hound paling baik sekali” yang kini berada di rumah angkatnya dan bakal “memerlukan ujian gigi dan ujian anjing / kucing sebelum sedia untuk diadopsi oleh peminat haiwan yang lain”.