Perihal Kucing Siam Eksotik

Kucing Siam. Ia juga dikenali sebagai Kucing Siam eksotik berasal dari Thailand.

Mula dikenali pada lewat 1880, Kerajaan Siam (kini  dikenali sebagai negara Thailand) menghadiahkannya kepada Duta England di sana, kemudian ia dibawa pulang ke England.

Bermula daripada situ, Kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang berwarna biru dan tompokan gelap pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan kerana berlawanan terhadap tubuhnya yang berwarna cerah.

Ciri-Ciri Kucing Siam Yag Anda Patut Tahu

  • Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan.Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam.
  • Tarikan warna kontra pada bahagian kepala, mata yang kebiruan dan kaki yang “berstokin”.
  • Bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping serta susuk dan leher yang panjang.
  • Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau akan menangis jika anda mengabaikannya.
  • Kucing Siam merupakan kucing yang peramah dan berkomunikasi melalui suaranya terutama dengan pemiliknya.
  • Suka ditemani dan menghabiskan masa dengan pemiliknya serta gemar duduk diriba manusia.
  • Warna tumpuan adalah coklat, ungu mudah dan keputih-putihan. Warna keputih-putihan adalah yang paling terkenal sekali.
  • Mempunyai mata yang mempesonakan. Matanya yang berbentuk badan, berwarna biru dan kedudukan condong yang menawan.

 

Reply