“Sesungguhnya Tanda-tanda Kiamat Semakin Dekat” – Netizen Kongsikan Buah Fikiran Apabila Trump Iktiraf Bailtulmaqdis Sebagai Ibu Kota Israel

Sebut sahaja Baitulmaqdis, pasti ramai yang tahu akan kota lama yang penuh pergolakan ini. Status kota ini sebagai kota suci bagi agama Kristian, agama Yahudi, dan agama Islam mencetuskan perebutan bertali arus di kalangan ramai kuasa-kuasa besar dunia.

Menurut Free Malaysia Today, beberapa hari lepas kecoh berita kemungkinan Amerika Syarikat akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Berita mengejutkan ini membangkitkan tentangan daripada pegawai kerajaan Amerika Syarikat sendiri dan negara lain kerana dikhuatiri akan meletuskan keganasan.

Sumber: Utusan

Ramai yang khuatir akan wujudnya tunjuk perasaan oleh rakyat Palestin dan masyarakat Islam seluruh dunia sekiranya pengisytiharan yang mungkin dibuat oleh Presiden Trump ini benar-benar terjadi. Rancangan mengiktiraf Baitulmaqdis ini turut ditentang oleh Biro Timur Tengah dan pastinya warga Palestin yang ingin menjadikan kota suci itu sebagai ibu negara mereka.

Pun begitu, Trump langsung tidak menghiraukan bantahan dari seluruh dunia dan nekad membuat pengisytiharan tersebut, lapor Harian Metro.

Hari ini (waktu Malaysia), sah Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel!

“Saya memutuskan sudah tiba masanya untuk mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.”

“Presiden sebelum ini gagal melaksanakannya walaupun berjanji melakukannya. Hari ni saya melaksanakannya.”

Sumber: Harian Metro

Tidak ambil pusing dengan bantahan dari Eropah, Britain dan negara-negara Islam, Trump menyatakan pengumuman itu di Bilik Tetamu Diplomatik Rumah Putih berlatar belakangkan hiasan Krismas.Dia juga memaklumkan bahawa Kedutaan Amerika akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Kita enggan menerima sebarang ibu negara Israel tetapi hari ini, kita akhirnya menerima hakikat itu bahawa Baitulmaqdis ialah ibu negara Israel. Ia adalah pengiktirafan sesuatu yang sudah menjadi hakikat.”

Trump turut meminta semua untuk menghormati status Baitulmaqdis sebagai kota suci dan mengekalkan Dinding Barat sebagai tempat penganut Yahudi bersembahyang selain menyatakan bahawa Amerika akan terus menyokong usaha damai Israel-Palestin.

Tindakan ini pastinya mengundang rasa tidak puas hati masyarakat Islam seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia sendiri. Ramai netizen mengatakan bahawa ini adalah petanda akhir zaman kerana kota milik Islam kini sudah menjadi milik Israel. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa hal ini berlaku kerana kesalahan negara-negara Islam sendiri yang berpecah belah.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Inilah petanda akhir zaman. Semoga rakyat Palestin tabah dengan dugaan ini dan sama-samalah kita doakan kesejahteraan mereka.

Berita berkaitan