Menyayat Hati… Anjing Mati Akibat Kecewa Dan Kemurungan Ditinggalkan Pemiliknya Di Lapangan Terbang

Menyayat hati, itulah perkataan yang boleh digambarkan apabila seekor anjing yang ditinggalkan pemiliknya di lapangan terbang dilaporkan mati disebabkan kecewa dan kemurungan pada 18 November lepas.

Anjing itu menghabiskan masa sebulan berkeliaran sekitar terminal di lapangan terbang Palonegro Colombia mencari tuannya. Dia dinamakan Nube Viajera – ataupun dalam bahasa Inggerisnya “Wandering Cloud”.

Anjing berusia 2 tahun dikatakan pada mulanya penuh harapan dan sihat, sambil menunggu pemiliknya kembali. Namun, dia akhirnya berputus asa dan duduk menyorok di satu sudut lapangan terbang, menurut laporan akhbar-akhbar Colombia.

Walaupun pekerja-pekerja dan penumpang di lapangan terbang cuba menawarkan dia makanan, dia bagaimanapun enggan makan.

Akhirnya, seseorang menelefon pusat perlindungan haiwan. Akan tetapi, pada ketika itu dia sangat kelaparan menyebabkan dia tak dapat berdiri lagi. Jururawat cuba merawatnya tetapi kesihatan dia semakin teruk akibat kemurungan dan kemudian meninggal dunia.

“Kesihatan Anjing merosot hanya dalam masa 48 jam. Walaupun kami memberikan dia makanan dan ubatnya melalui suntikan intravena, dia tetap jatuh ke fasa kesedihan dan kemurungan dan tidak dapat bertahan,” kata Alejandro Sotomonte Nino, seorang doktor haiwan dari Yayasan Perlindungan Haiwan Colombia.

Kematian tragis Nube Viajera’s boleh ditafsirkan sebagai insiden yang lebih menyedihkan sebabnya dia bukanlah salah satu daripada 80,000 anjing liar yang berkeliaran di bandar, tetapi merupakan haiwan peliharaan milik seseorang yang tidak berhati perut meninggalkannya di lapangan terbang.