Mengkagumkan !!! Bukan Pencinta Kucing Tapi Tinggal Bersama 700 Ekor Kucing

Lynea Lattanzio dari California tinggal bersama-sama dengan lebih 700 ekor kucing. Tapi yang anehnya beliau sebenarnya bukanlah seorang yang gilakan kucing…

The Cat House mendapat perhatian National Geografi yang turut membuat dokumentari tentang “rumah kucing – 12 ekar tanpa pagar, dan tanpa pembunuhan kucing”. Beliau hanya mengutip kucing jalanan dan memberi rawatan kepada mereka.

Dulu Ms Lattanzio ni dilarang memiliki kucing sejak kecil dari ibunya, kemudian dia mengambil keputusan untuk membela dan menyelamatkan kucing jalanan

Sekarang dia menyelamatkan kucing diseluruh dunia dan menganggarkan dia telah menyelamatkan hampir 19,000 ekor kucing

Di pusat jagaan kucing ini, mempunyai 25 orang pekerja untuk menjaga seluruh operasi dan ianya adalah yang terbesar di dunia.

Yang paling penting, kucing ini diberi perhatian khusus dari segi perubatan dan kesihatan. Malah, Kucing ini diberi kebebasan tanpa sangkar dan tidak akan “ditidurkan” buat selama-lamanya.

Betapa mulianya hati beliau

Reply