Menakjubkan… (Video) Ahli Bomba Bertungkus Lumus Selamatkan Anjing Yang Terjatuh Di Sungai Berais

Seekor anjing sedang berpaut di atas ais dan nyawanya seolah berada di hujung tanduk. Mujurlah, anggota bomba yang dipanggil tiba tepat pada waktunya untuk menyelamatkannya.

Jabatan Kebakaran Swift Current dengan segera cuba untuk membantu anjing itu yang terjatuh ke dalam ais selepas pemilik anjing itu melepaskannya dari ikatan di leher ketika bersiar-siar di tepi sungai di bandar beberapa ratus batu di arah barat daya Regina, Saskatchewan.

Salah seorang ahli bomba Saskatchewan memakai alat khas untuk merangkak melintasi ais demi untuk mendapatkan anjing itu. Manakala, dua orang anggota bomba yang lain berada di tepi sungai dan memegang tali sewaktu rakan sekerjanya menongkah di atas ais.

Jabatan Kebakaran Swift Current

Ia merupakan detik yang sukar ketika ahli bomba tiba berhampiran anjing yang malang ini, kerana nampak seperti yang dia juga mungkin boleh terjerumus jatuh ke dalam air bersama dengan anjing tersebut. Tetapi nasib baik dia berjaya mengimbangi diri dan mengawal keadaan untuk menarik anjing tersebut.

Jemput tonton video penyelamatan dari abang bomba di bawah ini:

Selepas anjing itu diselamatkan ke atas darat, dia terhuyung hayang untuk mendapatkan pemiliknya di atas tanah tinggi apabila seorang ahli bomba cuba menyelimutkannya dengan selimut yang hangat.

Jabatan Kebakaran Swift Current

Ketua Jabatan Bomba Denis Pilon memberi amaran kepada pemilik anjing lain selepas insiden itu supaya menjaga haiwan kesayangan mereka dan keluarga mereka jauh daripada ais.

“Tindakan pantas daripada Jabatan Bomba berjaya membantu menyelamatkan haiwan kesayangan mereka,” kata Pilon. “Mohon pastikan haiwan dan anak-anak anda dari kawasan sungai. Ais nampak nipis dan ia tidak selamat. ”

Ini merupakan peringatan keselamatan sangat bermakna untuk dikongsikan untuk sesiapa yang suka berada di luar rumah dengan keluarga mereka sewaktu cuaca musim sejuk.