Lelaki Ini Selamatkan 2 Ekor Anak Kucing Comel Yang Menyorok Di Bawah Jalan Dan Membesarkan Mereka Sampai Jadi Kucing Yang Cantik!

Lebih setahun yang lalu, dua anak kucing ditemui bersembunyi di bawah jalan yang terlalu takut untuk keluar.

Seorang lelaki yang baik hati bertekad untuk mendapatkan kedua saudara ini keluar dengan selamat dan membantu mereka untuk belajar mempercayai dan mencintai.


Apabila pengguna Reddit TDX ini menjumpai kedua anak kucing tersebut, mereka hanya berusia lima minggu yang tengah berpelukkan di antara satu sama lain disebabkan ketakutan.

Lelaki ini, seorang sukarela untuk Cat Cuddle Cafe Brisbane, yang merupakan sebuah kumpulan penyelamat di Brisbane, Australia, menyediakan perangkap di kawasan berdekatan dan dalam masa yang singkat dia berjaya mendapatkan kedua anak kucing ini. Akan tetapi mereka sangat takut sampaikan mereka akan mendesah dan cuba menyerang penyelamat mereka.

Anak-anak kucing nampaknya tak pernah mempunyai hubungan dengan manusia sebelum diselamatkan dan situasi ini akan berubah.

“Menjinakkan mereka akan menghabiskan waktu petang saya dan separuh tempoh masa itu adalah detik yang menyebabkan jatuh cinta dengan mereka,” katanya.

Kedua saudara ini tak lagi takut kepada kawan manusia mereka dan secara perlahan-lahan mereka mula untuk mencintai.


“‘Paksa berpelukan atau paksa bersama’ adalah kaedah pilihan di dalam kumpulan penyelamat kami. Kalau mereka jenis kucing yang penakut, maka dekatkan mereka di pangkuan anda dan biarkan mereka untuk beberapa tempoh yang panjang dan lakukan aktiviti ini beberapa kali sehari pada mulanya.

“Akhirnya mereka akan sedar yang berpelukan atau bersama bukanlah sesuatu yang teruk.”

Mereka berdua dinamakan Hunter dan Zissou!

Apabila tempat pakaian penuh, mereka berdua pasti akan melompat ke dalam untuk bermain.


Kedua-duanya dah dewasa sekarang!

Kedua saudara ini memang tak dapat dipisahkan semenjak dari hari mereka ditemui

reddit / TDX

“Mereka berdua mempunyai keperibadian yang sangat berbeza. Yang besar jenis mesra walaupun sedikit terburu dan suka menginjak-injak di seluruh anda pada waktu pagi.

“Yang lebih kecil jenis yang selalu menampar apabila kucing baru masuk ke rumah, tetapi mereka berdua jenis kucing yang sangat menyayangi.”


Beberapa bulan kemudian, mereka mengalu-alukan seekor lagi anak kucing berwarna yang sama ke dalam keluarga besar mereka.

“Si kecil (Jasper) di bahagian belakang saya terperangkap di sebuah kafe. Dia sangat liar ketika saya membawanya ke rumah, tetapi sekarang nampaknya dia dah mula terbiasa dengan kehidupan di rumah dari masa ke masa – sekarang dia ketua ketuk kepala antara mereka! ”


“Saya jumpa dengan mereka di jalanan ketika mereka hanya berusia beberapa minggu. Tengoklah mereka dulu dan sekarang!


Jangan lupa kongsikan cerita ini dengan rakan-rakan anda yang lain juga!