Lelaki Ini Lukis Wajah Sendiri Di Hadapan Cermin, Hasilnya Amat Menakjubkan

Lukisan potret sudah mula terkenal sejak abad ke-15 lagi. Namun seiring dengan peredaran masa, cara melukis potret semakin berkembang dan unik.

Seorang pelukis bernama Ewan McClure mengejutkan orang ramai dengan cara melukis potret yang luar biasa. Jejaka dari Scotland ini melukis diri sendiri hanya dengan bantuan cermin di depannya.

Ewan merasa lukisan yang diciptakan selama ini cara penghasilannya terlalu sederhana lalu membuatkan dia mencabar diri sendiri untuk mencuba teknik lukisan yang berbeza.

Dia hanya melihat pantulan dirinya di cermin ketika melukis tanpa melihat kanvas. Kanvas dan cat pula hanya diletakkan tepat di sebelah tubuhnya.

Potret dirinya itu mengambil masa selama tiga jam untuk disiapkan dan proses membuat lukisan tersebut telah diabadikan dalam sebuah video. Jom tengok hasil karya seninya.