Lelaki Ditahan Di Lapangan Terbang Abu Dhabi Kerana Kantoi Bawa Dua Kotak iPhone Yang Berisi Dadah

Pernah dengar tak nasihat orang-orang yang mengatakan supaya tidak membawa barang yang bukannya kepunyaan kita ketika berkunjung ke negara orang lain? Bukan mahu bersikap pentingkan diri sendiri tetapi ianya sekadar langkah mahu berjaga-jaga kerana tidak mahu menjadi mangsa sebagai seorang keldai dadah.

Namun, sudah menjadi sebuah kebiasaan untuk mereka yang berada di perantauan untuk mengirim barang-barangan yang dibeli untuk keluarga mereka kepada kawan-kawan untuk dibawa pulang ke kampung halaman bagi menjimatkan kos penghantaran.

Begitulah nasib malang seorang lelaki setelah beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa setelah mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi apabila dua buah kotak iPhone baru yang dibawanya itu telah didapati mengandungi dua paket dadah.

Lelaki itu ditahan setelah pihak keselamatan di lapangan terbang itu mendapati terdapat sesuai yang mencurigakan  di dalam beg yang dibawa oleh beliau selepas bagasinya diimbas menerusi mesin x-ray.

Pihak keselamatan kemudiannya telah memeriksa beg lelaki itu dan telah menemui dua buah kotak iPhone baru di dalamnya. Penemuan dadah itu hanya dibuat setelah pihak keselamatan membuka kedua-dua kotak iPhone itu yang masih dalam keadaan dibungkus rapi dalam plastik pembalutnya.

Di dalam kenyataan lelaki itu, beliau memberitahu bahawa kedua-dua kotak iPhone itu merupakan milik rakannya yang dikirimkan kepadanya untuk diberikan kepada individu tertentu di Abu Dhabi.

Lelaki itu kemudiannya telah diberkas dan berkemungkinan akan dijatuhkan hukuman mati kerana telah melakukan perbuatan jenayah membawa masuk bahan terlarang berupa dadah ke dalam UAE.