Kejam… Kucing Dicampak Daripada Tingkat 7 Oleh Jiran

Tadi teman ternampak gambo kucing hidung berdarah ni dekat FB, tapi tak berapa clear.. rasa nak jugak tengok gambo ni betul2.. pastu teman download.. dan buka dekat Paint.. MasyaAllah.. baru nampak jelas.. dengan darah yang melanyau.. kesian sangat2 teman tengok kucen ni..

Dah le muka dia seakan-akan Butang.. lagilea teman rasa sebak dan nak nangis.. Apalah dosa kucen ni sampai manusia takde hati perut campak dia dari tempat tinggi ke bawah.

Teman yang dok tingkat 2 ni pun selalu risau takut kucen teman tu jatuh ke bawah, sebab diorang selalu bertenggek depan balconi tu.. memang teman akan selalu perhatikan depa.. risau kalau2 tersalah pijak ke depa boleh terjatuh.. walau tingkat 2 sekali pun.. teman tak sanggup tengok depa cedera.. inikan pulak kalau dari tingkat 7, memang buta hati betul orang yang campak kucen ni!

Opss.. ter Emosional lak.. sambung cerita balik pasal Arial ni… Menurut saksi Arial mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia tidak boleh makan dan minum dan darahnya masih mengalir dari rahangnya yang retak teruk. Ia diberi makan dan minum melalu tiub sahaja.

Untuk makluman semua, kejadian ini berlaku di Singapura. Namun demikian ia telah menimbulkan kemarahan semua pecinta haiwan ini. Ikuti cerita ini

 

Akibat impak dari dibaling, kucing tersebut Pelvisnya terkehel, Rahangnya patah, Tulang belakang tutur patah, Patah kaki kanan bahagian depan , pundi kencing terkoyak serta mengalami kecederaan dalamanyang serius.

 

Doakan si comel ini cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya. kesian tengok Arial.. makan pun guna tiub sebab rahangnya retak.. ya Allah.. kesian.. seksa hidup kucen ni disebabkan manusai yang tak berperikemanusiaan..

Note : tak rela kucen2 kesayangan teman jadi macam ni.. Moga Allah pelihara kucen2 teman dan semua kucen2 kat dunia ni.. Jauhkanlah depa dari manusia yang kejam.. Aamiin..

Sumber: kucenkucenblog

Artikel Berkenaan.

Kucing Ini Tersalah Tidur, Lalu Dia Diganggu Oleh Pemuda Ini

Siapa antara anda yang pernah bermain Claw Machine? Sejenis permainan yang popular di dalam cerita Mr Bean. Claw Machine dimainkan dengan cara memasukkan Syiling dan menekan butang start, menggunakan joystick yang diberi perlu menangkap atau mengeluarkan barang yang kita mahukan dalam mesin tersebut.

Permainan ini sangat menyeronokkan dan juga mencabar kesabaran, setiap koin yang kita masukkan akan ditelan apabila kita gagal mendapatkan mainan tersebut. Kebiasaannya objek atau barang yang paling Spesial diletakkan di kedudukan yang sukar.

Sebuah video yang tersebar di dalam laman sosial Facebook Mark David Rodriguez menjadi viral di internet. Apabila video tersebut bukan menunjukkan mainan yang cuba ditangkap tetapi adalah seekor kucing sebenar sedang tidur dalam mesin tersebut, mark cuba menangkap kucing tersebut.

Kucing itu kelihatan sangat selesa dan tidur nyenyak di dalam mesin kotak kaca tersebut. Jika tidak dilihat dengan teliti pasti orang akan menganggap kucing itu hanyalah patung biasa, mark tergelak apabila mendapati patung itu sebenarnya adalah seekor kucing.

Mark bermain dan cuba mengacau si kucing yang sedang tidur, dia memasukkan syiling ke dalam mesin dan mengangkat kucing tersebut tapi tidak berjaya kerana kucing itu terlalu berat

Dia mengulangi perbuatannya kepada kucing tersebut, bagaimana reaksi kucing itu? Dia tidak marah, dan sepertinya dia tidak peduli. Mungkin terlampau mengantuk dan memilih untuk tidur.

Hahaha .. ada ada saja ya. Tapi kamu pintar sekali meong, tahu tempat ternyaman dan terempuk untuk tidur. Tumpukan boneka!