Inilah 7 Kota Tertua Di Dunia Yang Masih Wujud Sehingga Kini

Kota tua dengan jutaan sejarah lampau yang dimiliki tentu sahaja menyimpan begitu banyak tempat-tempat menakjubkan. Ia juga melambangkan tradisi yang dimilki oleh peradaban manusia pada zaman dahulu kala.

Agak-agak kota apa yang dinobatkan sebagai kota tertua di dunia? Jom kita tengok senarai dibawah ini.

#1. Jericho, Palestin

Merupakan salah satu kota kecil yang terletak berdekatan Sungai Yordan dan sehingga kini, kota Jericho sudah dihuni oleh 20,000 orang. Bekas tempat tinggal manusia turut ditemukan oleh kaedah arkeologi. Dalam kitab Ibrani, kota ini disebut kota dengan pohon-pohon palm.

#2. Byblos, Lebanon

Kota ini terkenal sebagai tempat mengembangkan abjad Phoenician yang digunakan sehingga kini. Nama Byblos diberikan oleh orang Yunani ketika berkunjung ke kota ini. Sehingga kini ia menjadi destinasi pelancongan yang masih menyimpan banyak keindahan.

#3. Aleppo, Syria

Dikatakan sudah berusia lebih dari lapan ribu tahun tetapi beberapa kajian yang dilakukan para arkeologi menemukan kota ini kemungkinan berusia sekitar 13,000 tahun berdasarkan gaya pembinaannaya. Aleppo pernah dikuasai oleh Romawi, Bizantium dan Ottoman.

#4. Damaskus, Syria

Kota ini dianggap sebagai kota yang paling tua kerana telah dihuni oleh manusia sejak 11 ribu tahun yang lalu. Dikenali sebagai ibu kota budaya Arab, bangunan-bangunan juga masih tegak berdiri seperti masjid bersejarah iaitu Masjid Umayyad atau Masjid Agung Damaskus.

#5. Athens, Yunani

Ibu kota Yunani ini merupakan tempat lahirnya peradaban Barat dan dihuni selama 7000 tahun. Sejarah kota ini bermuls dari sebelum zaman Socrates, Aristoteles, dan Plato lagi. Sehingga kini, Athens menjadi kota metropolis yang terkenal dengan patung Aristoteles.

#6. Susa, Iran

Kota ini merupakan kota nombor kelima tertua yang masih dihuni. Ia juga merupakan sebuah wilayah bangsa Elam, Kekaisaran Persia dan Parthia yang sekarang menjadi negara Iran.

7. Faiyum, Mesir

Salah satu kota tertua di dunia yang terletak di Mesir. Kota ini dianggap tertua kerana didirikan pada tahun 4,000 SM dahulu. Ketika zaman Firaun, kota ini disebut Medinet el Faiyum dimana dalam sejarahnya juga dikenali sebagai ‘kota buaya’ kerana kota ini menyembah seekor buaya suci yang dijaga oleh Petsuchos.