Gila… Guru Di Sg Buloh Dituduh Mencubit ‘Anu’ Budak Lelaki Berumur 4 Tahun Sampai Cedera Hanya Kerana Dia Tak Mahu Tidur Siang

Budak-budak kadang-kadang memang lah nakal dan perlu ditegur. Akan tetapi tak perlulah sampai menjatuhkan hukuman yang tidak masuk akal. Baru-baru ini, seorang guru tadika dituduh dengan dakwaan mencubit bahagian sulit budak lelaki berusia empat tahun kerana dia katanya tak mahu tidur siang.

 Guru Sg Buloh Dituduh Mengecil 4yo Boy's Genitals Kerana Dia Menolak Nap [WORLDOFBUZZ
Sumber: China Press

Menurut Oriental Daily, kejadian yang berlaku pada 17 November di sebuah taman kanak-kanak di Kampung Baru, Sungai Buloh mengejutkan ibu bapa apabila mereka mengetahui yang anak mereka dicederakan. Bapa, Woo Jack Son yang berusia 23 tahun, berkata bahawa dia telah menghantar anaknya ke tadika yang sama sejak anak lelaki berusia dua setengah tahun tanpa sebarang masalah.

Woo akan menghantar anaknya setiap pagi ke tadika pada sekitar jam 8.30 pagi dan menjemputnya semula pada pukul 6 petang setiap hari. Woo juga menjemput anaknya pulang ke rumah pada hari yang malang tersebut seperti biasa.

 Guru Sg Buloh Dituduh Mengikis 4yo Boy's Genitals Kerana Dia Menolak Nap - WORLD OF BUZZ 1

Sumber: China Press

Kemudian, kira-kira jam 7 malam, nenek budak lelaki itu membawanya mandi dan pada ketika itu mereka dapat tahu yang cucunya cedera. Budak lelaki itu mengadu yang kemaluannya sakit dan ketika mereka periksa, mereka dapati yang buah kemaluannya lebam dan di kemaluannya terdapat beberapa kesan goresan kuku. Aduh, dengar sahaja pun dah rasa sangat menyakitkan!

Ibu bapanya yang kecewa dengan apa yang dah berlaku segera bertanya kepada anak lelaki tentang kecederaan yang dialaminya dan diberitahu yang dia dicubit oleh gurunya sebagai hukuman pada hari itu. Mereka dengan segera terus menghantar teks mesej kepada guru, yang mengatakan mereka akan menyiasat dan menyemak rakaman CCTV.

 Guru Sg Buloh Dituduh Mengecil 4yo Boy's Genitals Kerana Dia Menolak Nap - WORLD OF BUZZ 2

Sumber: China Press

Pasangan ini kemudian membawa anak mereka berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, yang mengesahkan kemaluan anak lelakinya memang telah dicederakan dengan menggunakan kuku. Marah dengan insiden tersebut, ibu bapa budak lelaki tersebut terus pergi ke tadika untuk meminta penjelasan yang pada mulanya, guru di sana menafikan sebarang pengetahuan mengenai insiden itu.

Kemudian, guru yang berusia 30-an cuba menyalahkan pelajar lain tetapi akhirnya mengakui telah mencederakan kanak-kanak tersebut ketika Woo dan isterinya mengatakan bahawa mereka dah pun membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh pada 23 November.

 Guru Sg Buloh Dituduh Mengecewakan 4yo Boy's Genitals Because He Refused kepada Nap - DUNIA BUZZ 3

Sumber: China Press

Apabila ditanya, guru itu berkata yang hukuman itu adalah disebabkan budak berusia empat tahun itu tak mahu tidur siang tetapi tak menjelaskan kenapa kaedah ini digunakan. Memang hukuman yang agak melampau dan tak masuk akal! Guru tersebut juga cuba merayu kepada mereka untuk selesaikan isu ini secara senyap tetapi Woo berkata yang dia dah pun mengupah seorang peguam.

Ibu bapa yang masih tak puas hati ini kemudian membuat aduan dengan Datuk Seri Michael Chong, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Bahagian Aduan MCA, dan mereka juga turut mengadakan sidang akhbar pada hari ini. Chong mengutuk tindakan guru tersebut dan mengatakan yang kaedah hukuman seperti itu memang tak boleh diterima akal langsung.

 Guru Sg Buloh Dituduh Mengecil 4yo Boy's Genitals Kerana Dia Menolak Nap - WORLD OF BUZZ 4

Sumber: NST

“Kami ingin membawa kes ini kepada umum kerana kami rasa kes seperti ini cuma sebahagian kecil sahaja. (Mungkin) ada lebih banyak kes seperti ini yang tidak dibawa ke pejabat saya. Bulan lepas, kami juga menerima kes yang sama di mana seorang kanak-kanak dianiaya oleh guru tadikanya. Ibu bapa juga perlu ambil berat tentang keadaan anak mereka. Ibu bapa mesti sentiasa memeriksa kecederaan atau tanda-tanda luka dan cari bagaimana mereka boleh dicederakan seperti ini, “ katanya.

Walaupun anak kecil yang malang ini dah sembuh dari kecederaannya seminggu selepas kejadian itu, dia masih trauma dan terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling. Ibu bapanya juga memaklumkan yang mereka dah berhenti menghantar anaknya ke tadika.

Tonton video di sini:

Sumber: Oriental Daily

Nasib baik budak itu dah sembuh dan selamat sekarang! Sentiasalah berwaspada ibu bapa sekalian! Jadikan ini sebagai pengajaran untuk kita semua

Jangan lupa kongsikan cerita ini kepada rakan-rakan yang lain juga!