“Dasar Riak! Cakap Guna Otak, Bukan Guna Hidung!” – Netizen Mengamuk Wanita Kecam Anak Muda Suka Mengeluh

Ekonomi negara kini semakin tidak menentu. Taraf hidup pula kian meningkat walaupun jumlah pendapatan tetap sama. Namun, setiap orang pastinya mempunyai strategi masing-masing dalam menampung keperluan hidup.

Baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang wanita mendakwa anak muda zaman sekarang terlampau manja dan kuat mengeluh serta tidak mampu survive hidup di kota dengan gaji yang sikit. Susah kot hidup dekat KL ni!

Apa yang menaikkan kemarahan orang ramai adalah apabila pemilik akaun itu mendakwa dia geli hati melihat anak muda sekarang tak mampu untuk hidup di kota dengan gaji RM2,000 sedangkan dia mempunyai gaji RM2,500 dan tiga orang anak pun masih boleh survive.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Dia juga mengakui telah memiliki sebanyak enam buah rumah dan kini dalam proses untuk memiliki rumah idamannya. Dalam tweet yang baru, dia telah menyenaraikan jumlah rumah yang sudah dimiliki serta gajinya pada ketika itu antara tahun 2010 hingga 2017.

Sumber: Twitter

Kesemua tweet wanita bernama Anis itu adalah berkaitan dengan hartanah dan ‘nasihat’ untuk anak muda supaya mengumpul aset walaupun dengan gaji yang kecil.

Tweet tersebut bagaimanapun sebaliknya mendapat kecaman daripada netizen kerana mereka mengatakan bukan semua orang berada dalam situasi yang sama dengannya. Betul tu, setuju!

Sumber: Twitter

Menurut Cari, seorang netizen telah mendedahkan bahawa Anis membeli rumah pertamanya menggunakan duit bakal suami pada masa itu. Sesudah dia membeli rumah tersebut, dia menyewakannya dan tinggal bersama-sama dengan mak mertua. Tambahnya lagi, makan minum Anis ditanggung oleh suaminya.

Sumber: Cari

Selain itu, netizen juga turut menerangkan bahawa cara Anis tidak dapat digunapakai kerana tidak masuk akal serta masing-masing mempunyai komitmen yang berbeza.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Cari

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menasihati Anis supaya tidak membandingkan caranya dengan cara mereka kerana bukan semua orang jalani kehidupan yang sama. Mereka juga menegur Anis supaya membimbing dan mendidik anak muda dengan cara yang betul dan bukan dengan cara merendah-rendahkan mereka.

Sumber: Cari

Walaupun Twitter Anis dipenuhi dengan kecaman, masih ada segelintir netizen yang menyokongnya dengan mengatakan sekurang-kurangnya anak muda sekarang akan sedar bahawa walaupun dengan gaji yang kecil, mereka masih boleh membeli rumah.

Sumber: Twitter

Akak ni niat dia memang nak bagi ilmu agaknya, tapi tersalah pendekatan. Nak jugak tahu caranya, Mungkin akak ni boleh senaraikan macam mana dia beli rumah dengan gaji RM2,500 setelah tolak duit perbelanjaan makan dan minum dan segala komitmennya…