Comel… Anjing Ini Sangat Sukakan Patung Permainan Santanya, Apabila Dia Bertemu Dengan Santa Yang Sebenar, Reaksinya Sangat Mengagumkan!

Kya, seekor anjing baka Shiba Inu, memiliki mainan boneka kegemaran.

Mainan tersebut adalah patung Santa Claus. Tak kira jam berapa, Kya memang suka bermain dengan patung Santanya. John dan Angelina Mantaldo, adik-beradik dan pemilik anjing ini mempunyai idea bernas untuk Kya bertemu dengan Santa Claus yang sebenar!

Mereka dapat tahu yang ada seorang Santa yang akan berada di pusat membeli-belah tempatan dan nak pastikan supaya Kya dapat bergambar bersama Santa.

 santa sebenar anjing
Kredit Gambar: Twitter / John

Kedua-dua mereka kemudian membawa Kya dan anjing mereka yang lain, Lucky ke pusat membeli-belah. Lucky sangat terkejut apabila melihat Santa, tetapi Kya, yang biasanya sangat ‘hyper’ tiba-tiba senyap. Dia hanya menatap Santa yang bersaiz besar ini! Angelina kata Kya selalunya yang akan buat perangai apabila mereka pergi ke Petsmart, tetapi apabila bertemu dengan Santa, Kya berkelakuan baik!

Apabila tiba giliran untuk Kya bergambar, dia cepat-cepat melompat ke peha Santa dan tersenyum lebar.

Tengoklah gambar dia di bawah ini

 anjing sebenar santa
Kredit Gambar: Twitter / John

Kongsikan cerita ini dengan rakan-rakan anda juga!