Anak Musang Comel Ini Tersangkut Di Jaring Gol, Nasib Baik Pasukan Penyelamat Ini Cepat Bertindak!

Pasukan di Yayasan Wildlife Aid telah dihubungi untuk membantu menyelamatkan anak musang kecil yang comel yang tersangkut di jaring gol di belakang halaman rumah orang.

Apabila dia tak dapat melepaskan dirinya, anak musang yang dalam ketakutan berjaya menarik perhatian pemilik rumah selepas menjerit ketakutan.

Nasib baik, pasukan penyelamat tiba di sana dalam masa yang singkat dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk melepaskan anak musang ini dengan selamat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan penyelamat juga turut menasihatkan tuan rumah yang memiliki

  • jaring sukan
  • peralatan dan
  • barang-barang

… sukan lain di halaman rumah, seeloknya barang-barang tersebut perlulah digulung atau disimpan dengan rapi supaya peralatan sukan dapat bertahan lebih lama dan pemilik rumah tak akan dikejutkan dengan anak musang yang tersepit di pagi hari nanti.