13 Gambar Haiwan Yang Tidak Melupakan Jasa Manusia Yang Pernah Menyelamatkan Mereka

Terdapat manusia yang mempunyai sikap penyayang dan sering membantu haiwan yang berada dalam keadaan diperlukan. Ini apa yang akan terjadi apabila haiwan yang dibantu ini telah membalas jasa dengan memeluk manusia yang menyelamatkannya.

Kisah ini mengilustrasikan kisah mengenai haiwan (tanpa mengira sama ada mereka yang hidup di habitat liar atau haiwan perliharaan) yang menghargai jasa penyelamat mereka. Pada penghujung artikel ini, terdapat gambar bonus yang kita dapat pelajari teladan daripada gambar tersebut.

#1. Tupai sering melawat keluarga yang telah menyelamatkannya.

Pada tahun 2009, Brantley Harrison dan keluarganya telah menemui tupai yang cedera akibat digigit oleh burung hantu. Mereka telah menjaga dan mengubati Bella (nama yang diberi pada tupai tersebut) selama 5 bulan. Selepas itu, mereka melepaskan Bella kembali ke habitat asal. Namun demikian, tupai yang berasa syukur itu tidak melupakan kebaikan keluarga tersebut dan telah melawat keluarga tersebut setiap hari selama 8 tahun.

#2. Anjing yang menghargai jasa doktor veterinarnya.

#3. Angsa yang memeluk penyelamatnya.

Angsa ini terkenal dengan sikap yang agresif dan liar. Tetapi Richard Weeze tidak takut untuk membantu seekor angsa yang tersekat pada sebuah pagar. Angsa yang cedera itu memeluk lelaki tersebut dengan mengunakan lehernya yang panjang. Kami melihat mungkin ini caranya angsa ini mengatakan terima kasih pada penyelamatnya.

#4. Anjing berterima kasih pada doktor veterinarnya.

#5. Rusa yang sering melawat rumah penyelamatnya.

Sebuah keluarga menyelamatkan seekor rusa yang diburu oleh pemburu beberapa tahun yang lalu. Sekarang, rusa itu sering melawat keluarga itu atas tanda terima kasih. Rusa itu sungguh tenang; sering berada di tepi tingkap dan menunggu ahli keluarga tersebut bangun. Rusa itu suka makan roti. Keadaan ini membuatkan penjual roti di kawasan itu telah memberi rusa itu makan beberapa buku roti secara percuma.

#6. Marvin yang diselamatkan dari tempat perlindungan haiwan  dan sekarang dia berasa sungguh gembira.

#7. Rusa ini selalu datang ke rumah untuk mendapat tempat berlindung yang panas.

Seorang gadis bernama Amscolie pernah membantu beberapa ekor anak rusa yang kesejukan. Pada ketika itu, cuaca hujan di luar. Pada masa yang sama, dia lupa untuk mengunci pintu rumah. Akhirnya dimasuki oleh 3 ekor anak rusa. Anak rusa tersebut telah berbaring di atas lantai. Amscolie tidak dapat mengeluarkan anak rusa itu. Anak rusa itu hanya beredar selepas hujan berhenti turun. Dia mendapat ciuman daripada anak rusa itu sebagai tanda terima kasih.

#8. Kangaroo ini telah memeluk penyelamatnya setiap hari sepanjang 10 tahun tersebut.

Abigail telah diselamatkan dan dihantar ke Alice Springs Reserve ketika dia berumur 5 bulan. Setiap hari, dia menunjukkan tanda berterima kasih dengan memeluk penyelamatnya.

Walaupun Abigail ketika ini masih muda, tetapi dia mampu menunjukkan tanda sayang pada penyelamatnya.

#9. Anjing ini tidak pernah membenarkan sesiapa mendekatinya tetapi berbeza apabila berada dengan bayi ini.

Nora merupakan seekor anjing yang dianiaya oleh tuan sebelumnya. Tuan sebelumnya ini sangat kejam terhadap Nora menyebabkan Nora sangat takut pada orang lain. Tapi akhirnya Nora telah mempercayai seorang anak kecil bernama Archie. Keluarga ini mengambil Nora dari tempat perlindungan haiwan, dan sehingga hari ini Nora dan Archie sangat rapat.

Keluarga ini juga mempunyai 4 ekor anjing, 3 ekor kucing dan 3 orang anak.

#10. Harimau bintang yang telah diselamatkan.

Seorang askar Brazil menemui seekor anak harimau bintang yang seakan-akan hampir mati di hutan hujan Amazon. Mereka mengambil anak harimau bintang tersebut dan memberikan rawatan. Harimau bintang itu tidak biasa dengan hidup di habitat asal menyebabkan pihak kerajaan tempatan telah membenarkan askar tersebut membela haiwan tersebut. Sekarang Jiquitaia (nama yang diberi) terus hidup dengan sihat dan dia melayan penyelamat dengan penuh hormat dan kasih sayang.

#11. Kucing ini membantu kucing yang lain.

Seekor kucing bernama Rademenesa yang berumur 2 bulan ketika diserahkan ke tempat perlindungan haiwan. Kucing tersebut mempunyai masalah pernafasan yang kronik. Semenjak itu, kucing itu telah menjadi pembantu yang baik dan cuba membantu haiwan lain yang sakit.

#12. Anak anjing ini telah diselamatkan dan kini menjadi berkhidmat sebagai bomba.

Jake adalah seekor anak anjing yang terperangkap di dalam sebuah bangsal yang sedang terbakar. 75% badannya telah erbakar. Walaupun dia diselamatkan dari kebakaran, tetapi tuan asal meninggalkan dia di klinik vet. William Linder, bomba yang menyelamatkan nyawa anjing tersebut, tidak dapat membiarkan anak anjing itu di klinik. Lalu telah membawa anjing tersebut pulang. Sekarang, Jake mempunyai seorang tuan yang penyayang dan mendapat lencana bomba.

#13. Moose ini melawat dan bermain dengan penyelamatnya.

Bonus: Budak kecil ini memberi baju panasnya pada anjing gelandangan untuk melindungi mereka dari kesejukan.

Jangan marahi anak anda sekiranya membawa anak kucing ke dalam rumah atau mengunakan duit belanja untuk membeli makanan untuk anjing geladangan. Tindakan tersebut membuktikan anak anda mempunyai sifat kasih sayang yang besar. Artikel ini diakhiri dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang yang sering menyelamatkan haiwan di seluruh dunia.