12 Trend Fesyen Paling Buruk Yang Pernah Dianggap ‘Cool’ Suatu Ketika Dahulu

Sejak beberapa dekad yang lalu, kita telah melihat beratus-ratus koleksi fesyen yang berbeza. Jika sesuatu fesyen itu menjadi fenomena, maka secara automatiknya ia akan menjadi ikutan semua.

Tetapi terdapat beberapa trend fesyen yang tidak perlu dikembalikan zaman popularitinya kerana ia sangat tidak masuk akal dan kurang “deria fesyen”.

Jom kita tengok senarai 12 trend fesyen yang pernah menjadi ikutan semua orang suatu ketika dahulu.

 #1. Gigi emas.

Trend ini perlahan-lahan hilang dari dunianya. Tercari-cari juga apa yang menarik bila memakainya?

#2. Jeans “londeh”.

Pernah menjadi fenomena fesyen suatu ketika dahulu. Masih ada segelintir yang memakainya sehingga sekarang.

#3. Kemeja Polo berganda.

Masih tidak memahami mengapa fesyen ini pernah wujud, tetapi percayalah ada yang pernah memakainya. Cuba tanya ibu-bapa anda.

#4. Kolar timbul.

Fesyen ini terkenal di seluruh dunia. Tapi kalau di Malaysia mesti kena label ala-ala gangster.

#5. Crocs.

Tiada keraguan, memang menjaminkan keselesaan. Tetapi realitinya, masih terdapat banyak lagi kasut yang lebih selesa untuk dicuba.

#6. Rambut “ekor”.

Cukuplah beberapa gaya rambut selama bertahun-tahun yang mengerikan. Ini tambah pula dengan gaya rambut yang ingin meluncur nak pergi mana?

#7. Bell bottoms.

Walaupun trend lama, beberapa selebriti telah menggayakan kembali fesyen ini. Tahu tak betapa susahnya memakai bell bottoms bersama boots?

 #8. Baju flame bowling.

Masih ingat lagi para jejaka yang memakai baju ini di pusat membeli belah? Harap anda tidak akan berjumpa lagi. Sebab ianya mungkin perlu dibakar.

#9. Seluar Gaucho.

Sekiranya anda dipaksa memakai seluar ini semasa kanak-kanak, tidak mengapa. Tetapi jika anda memakainya pada hari ini, mungkin tiada satu pun kasut yang kelihatan sesuai untuk dipadankan dengan seluar ini.

#10. Sandal platform.

Pereka sandal seperti ini sudah tentu tidak pernah berjalan ke mana-mana dalam hidup mereka. Ini adalah reka bentuk paling tidak praktikal dan risiko untuk sakit pengelangan kaki.

#11. JNCO Jeans.

Trend seluar jeans ni kelihatan seolah-olah tidak boleh diterima. Di sudut yang lain, terdapat banyak ruang poket yang mungkin boleh diisi untuk iPhone sebesar gergasi di masa hadapan.

#12 Kening nipis.

Perempuan suka perkara yang rumit bukan? Ada yang suka kening tebal, ada yang suka kening nipis. Kenapa tidak pilih yang sederhana?