10 Gambar Air Terjun Ketika Beku, Cantik Macam Dalam Cerita Dongeng

Bila bercakap tentang air terjun, pasti terbayang keindahan dan suara air yang jatuh dari ketinggian di tengah hutan. Tambah pula dengan pemandangan hijau dan suasana sejuk membuatkan kita terpesona dengan keindahan alam semulajadi.

Tapi pernah tak anda terbayang tiba-tiba kawasan air terjun boleh menjadi warna putih menawan? Di beberapa negara yang mempunyai empat musim, air terjun akan berubah menjadi putih salju ketika musim dingin. Jom kita lihat 10 lokasi air terjun ala-ala dalam cerita dongeng ini.

#1. Niagara

Air terjun yang terletak diantara kota New York dan Ontario ini berubah seketika menjadi Winter Wonderland. Walaupun sangat dingin dan sejuk, ia tidak menghalang para pelancong untuk datang menikmati keindahan panoramanya.

#2. Aldeyjarfoss

Air terjun yang terletak di Utara Iceland ini nampak luar biasa indah ketika musim dingin.

#3.Helmcken

Air terjun keempat yang terbesar di Kanada ini akan memikat mata pengunjung dengan deburan air di antara dinding batu yang serba putih.  Tempat ini sering dimanfaatkan oleh pencinta sukan ekstrem.

#4. Svalbard

Lokasi unik yang terletak di Lautan Artik, pertengahan antara Norway dan Kutub Utara ini kaya dengan hidupan liar, alam semulajadi dan keindahan yang luar biasa.

#5. Lyngen

Ketika musim dingin, air terjun ini keras membeku. Jika bergambar dengan latar belakang langit Norway yang cantik, tambah memukau pemandangan di situ.

#6. Rifle

Air terjun yang sering digunakan sebagai tempat perkelahan ini nampak indah dan hijau ketika musim panas. Namun berubah menjadi putih yang menakjubkan ketika musim dingin. Dinding-dinding yang membeku sering digunakan sebagai tempat sukan memanjat.

#7. Multnomah

Air terjun yang terletak di Oregon, Amerika Syarikat ini tidak kering pada musim panas. Air hujan dan salji melembapkan kawasan sekitarnya sepanjang empat musim.

#8. Proxy

Juga terletak di Oregon, setiap bulan Julai sehingga November air terjun ini dipenuhi salju. Menjadikan ia sebuah panorama yang memukau mata semua orang.

#9. Mino

Ketika cuaca cerah, daun maple menghiasi sekitar air terjun ini. Terletak di Osaka, Jepun membuatkan ia salah satu destinasi yang romantik untuk berbulan madu.

#10. Tamanawa

Lokasi di sekitarnya sering digunakan untuk memanjat gunung. Pasti sangat mengasyikkan dengan keindahan air terjun di sekeliling.