10 Fakta Hebat Tentang Kucing Yang Anda Mungkin Tak Pernah Tahu

Berikut adalah senarai kompilasi undian pembaca di website BoredPanda. Saya pasti ada beberapa fakta di bawah ini yang anda tak pernah tahu pun.

Jom kita sama-sama baca!

1. Seekor kucing yang bernama Masha pernah menyelamatkan seorang bayi yang hampir mati kesejukan.

Kucing yang berbulu lebat ini menjumpai sebuah kotak yang diisi dengan seorang bayi yang ditinggalkan pada musim salji. Masha kemudiannya masuk ke dalam kotak untuk memastikan yang bayi tersebut hangat dan selalu mengiau untuk mendapatkan perhatian orang yang lalu di kawasan tersebut.

Sumber: New York Post

2. Di Disneyland pada waktu malam akan dipenuhi dengan kucing.

Disneyland kemudian terus membela mereka untuk memastikan yang populasi tikus tidak membiak di kawasan Disneyland. Disneyland juga memastikan yang mereka semua dirawat dan di’sunat’kan.

Sumber: Disneyland Cats

3. Freddie Mercury pernah mendedikasikan album solonya kepada kucing beliau.

Freddie Mercury, penyanyi kumpulan band rock Queen pernah mengeluarkan album solonya pada tahun 1985 dan mendedikasikannya seperti berikut “Kepada kucing saya Jerry. Dan juga Tom, Oscar dan Tiffany, dan juga pencinta kucing di seluruh dunia – orang lain boleh pergi mati”

Sumber: Mr Bad Guy

4.  Guinness World Record berhenti memberikan anugerah kepada kucing yang paling gemuk.

Hal ini disebabkan mereka tak mahu menggalakan pemilik untuk memaksa haiwan belaan mereka supaya makan yang akan menyebabkan obesiti di kalangan kucing.

Sumber: Wiki

5. Kucing bawa tikus atau binatang mati kepada pemilik sebagai hadiah.

Sebab utama kenapa mereka bawakan kita ‘hadiah’ sebab mereka ingatkan yang kita seekor kucing yang tak berguna dan tak mampu berdikari seorang diri.

Sumber: Live Science

6. Kucing mengenyit mata kepada kita sebagai tanda dia percaya dengan kita.

Apabila kucing perlahan-lahan menutup dan membuka matanya ataupun mengenyitkan mata kepada kita, itu bermaksud mereka percaya sepenuhnya kepada kita dan menganggap yang kita adalah kawan dia.

Sumber: Petful

7. Seorang ahli fizik pernah meletakkan nama kucingnya sebagai penulis bersama di dalam jurnal saintifik.

Ahli fizik ini tersilap letak kata ganti diri “we” (kami) yang sepatutnya gunakan kata ganti diri “I” (saya) sepanjang menulis jurnal saintifiknya. Oleh sebab dia malas nak tukar semua kata ganti diri yang ada, dia letakkan nama kucing sekali sebagai penulis bersama di dalam jurnal tersebut.

Sumber: Wiki

8. Banyak tempat perlindungan haiwan tak benarkan kucing berwarna hitam diambil sewaktu sambutan Halloween.

Hal ini disebabkan mereka takut sekiranya ada antara kucing yang diambil dengan tujuan pemujaan ataupun diseksa.

Sumber: Snopes

9. Kucing pernah ditugaskan untuk menghantar surat

Pada tahun 1879 di Belgium, kucing pernah cuba ditugaskan untuk menghantarkan surat dan dapati yang menggunakan kucing merupakan satu kegagalan.

Sumber: Pinkmint Publications

10. Rakaman Transmisi Radio Penerbangan yang pertama adalah berkaitan kucing.

Transmisi Radio Penerbangan yang pertama adalah “Roy, come and get this goddamn cat” yang bermaksud “Roy, tolong ambil kucing ini”

Sumber: Purr n Fur

Jangan lupa kongsikan fakta menarik ini dengan pencinta kucing yang lain juga!